Oleh: MARINA SAHABUDIN
MELAKA – Satu kelainan ditampilkan Kerajaan Negeri apabila membangunkan Rumah Seram Melaka sebagai produk pelancongan baharu di sini.
Menerusi kenyataan rasmi laman sosial facebook Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali, difahamkan Rumah Seram Melaka akan dibina di perkarangan Menara Taming Sari.
Mudah diakses penduduk dalam dan luar negeri, rumah seram ini bakal memaparkan pelbagi bahan-bahan seram serta misteri daripada cerita masyarakat.
Ia termasuklah peristiwa mengerikan yang pernah berlaku di negeri ini seperti di Pulau Besar Resort, Straits Hospital dan Sacred Heart Convert.
Terdapat juga kisah sejarah berkaitan Lagenda Hang Tuah Lima Bersaudara dan juga Hikayat Puteri Hang Li Po dalam bentuk lebih interaktif.
Dikatakan perbelanjaan membina serta merealisasikan projek Rumah Seram Melaka ini berjumlah RM21 juta.
Projek ini dijangka siap sebelum Hari Raya Aidil Fitri sekitar Mei nanti.
Kerajaan Negeri menyasarkan kira-kira 300,000 pengunjung datang ke Rumah Seram Melaka tahun.
Usaha ini tidak hanya menambah pendapatan kepada Kerajaan Negeri sebaliknya, peniaga tempatan, pengusaha hotel dan sektor terlibat turut mendapat manfaat.