PUTRA MELAKA BONGKAR JENAYAH POLITIK, RASUAH

PUTRA MELAKA BONGKAR JENAYAH POLITIK, RASUAH

Oleh: MARINA SAHABUDIN

MELAKA – Putra Negeri Melaka tekad membanteras jenayah berunsurkan politik dan rasuah dalam merealisasikan hasrat melahirkan pemimpin berintegriti.

Ketua Perhubungan Putra Negeri Melaka, Profesor Dr. Aluwi Sari berkata, parti itu akan membongkar satu persatu jenayah berkaitan terutama berlaku di negeri ini.

Menurutnya, apa diinginkan adalah ketelusan bukannya ketirisan.

“Kita nak kerajaan sedia ada memimpin rakyat dengan lebih berhemah dan bertanggungjawab.

“Sekiranya berlaku Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 dalam masa terdekat, Putra Negeri Melaka sentiasa bersedia,” katanya kepada Melakafirst.

Jelas beliau, pihaknya telah mengenal pasti dua perlimen dan 12 DUN yang bakal diisi oleh calon daripada Putra Negeri Melaka.

“Kita berhasrat menzahirkan lebih ramai pemimpin muda di bawah 50 tahun.

“Kalau boleh biarlah mereka menjadi pemimpin berkaliber khusunya ketika berhadapan PRU nanti,” katanya.

Sementara itu, Putra Negeri Melaka telah wujud pada Mei 2019 dan mempunyai enam bahagian yang telah mendapat kelulusan daripada ROS.

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *