MELAKA – Empat Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid 19 Berisiko Rendah (PKRC) akan dibuka kerajaan negeri Melaka sebagai langkah bersiap sedia menampung peningkatan jumlah pesakit.
Empat lokasi dikenalpasti adalah Dewan Tun Ali Bukit Katil, Dewan Bestari Ayer Keroh, Dewan Citra Kasih Bemban dan Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC).
Kesemua dewan ini akan dijadikan PKRC sekiranya Hospital Melaka dan Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang Selangor, tidak mampu menampung jumlah pesakit semakin ramai.
Pengerusi Jawatankuasa dan Anti Dadah negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, PKRC berkenaan dijangka mampu menampung sekurang-kurangnya 3,000 pesakit.
Menurutnya, jika mengikut kapasiti Dewan Tun Ali boleh memuatkan 300 pesakit, Dewan Bestari 200 orang, Dewan Citra Kasih 150 orang dan MITC lebih 2,000 pesakit.
Sehingga kini, tiga PKRC yang ada di Melaka adalah Pusat Koreksional Jasin, Depoh Tahanaan Imigresen Machap Umboo dan Penjara Sungai Udang.
-MF-