YPM SALUR RM72,000 UNTUK PELAJAR DI MELAKA

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Oleh : MARINA SAHABUDIN

MASJID TANAH – Sejumlah RM2,664,000 diperuntukan Yayasan Pelajaran Mara (YPM) tahun ini untuk membantu 44,000 pelajar di Malaysia.

Daripada jumlah itu, sebanyak Rm72,000 telah disalurkan kepada pelajar di negeri ini.

Bagi Parlimen Masjid Tanah, seramai 30 pelajar akan menerima bantuan kewangan RM80 untuk kategori B40 sekolah rendah dan RM100 bagi pelajar sekolah menengah yang dibayar YPM setiap bulan sepanjang pengajian mereka.

Majlis perasmian Program Back To School Peringkat Negeri Melaka yang diadakan di Kolej Kemahiran Tinggi Mara telah dirasmikan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Menurut beliau, bantuan persekolahan ini memfokuskan kepada pelajar-pelajar B40 dan yang kurang berkemampuan.

“Bantuan ini telah diagihkan secara berperingkat sejak tahun lepas.

“Semoga inisiatif dilaksanakan ini dapat mengurangkan beban kos perbelanjaan sekolah anak-anak khususnya bagi ibu bapa kurang berkemampuan,” katanya.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

GABEM TAWAR GERAN DIGITAL PKS

Marina Sahabudin MELAKA – Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM), melalui anak syarikatnya GABEM Ventures Sdn Bhd menandatangan usahasama Memorandum Persefahaman Inisiatif Pendigitalan

TAWAR KERJASAMA STRATEGIK

Marina Sahabudin MELAKA – Kerajaan Melaka menawarkan tawaran kerjasama dengan wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) negeri dalam usaha melakukan transformasi pembangunan negeri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *