MGBD JASIN FOKUS MANTAPKAN BIDANG KEUSAHAWANAN

Oleh : MUHAMMAD ZAIDEE DAUT

JASIN – Memantapkan golongan belia dalam bidang keusahawanan menjadi matlamat utama Pengerusi Majlis Gabungan Belia Daerah (MGBD) Jasin, Zaini Muhammad bagi tempoh dua tahun ini.

Menurutnya, ia mampu memberi impak besar dalam mempertingkatkan pendapatan dan taraf kehidupan.

“Ketika ini dunia sedang dilanda Pandemik Covid-19 dan ia menjadi satu cabaran buat MGBD Jasin.

“Tetapi, kami akan berusaha memastikan golongan belia di daerah ini terus diberi perhatian khususnya dalam bidang keusahawanan kerana ia semakin pesat berkembang dalam kalangan golongan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Mesyuarat Majlis Perhimpunan Agung Tahunan MGBD Jasin Kali 31 di Dewan Alamanda Jasin yang menyaksikan beliau mengekalkan jawatan tersebut untuk tempoh penggal 2020-2022.

Pemilihan Zaini yang juga Timbalan Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) sebagai Pengerusi MGBD Jasin untuk penggal kedua berturut-turut itu sememangnya tidak dapat dipertikaikan kerana pembabitannya dalam kegiatan belia sejak 25 tahun yang lalu.

Beliau mula berkecimpung dalam kegiatan belia sejak berumur 14 tahun dan bakat kepimpinannya mula terserlah di peringkat Cawangan Gerakan Belia 4B Malaysia (GB4B) Cawangan Solok Kilang Berapi Merlimau.

Zaini berkata, bagi memastikan matlamat melahirkan belia yang aktif dalam bidang keusahawanan, MGBD Jasin akan bekerjasama dengan beberapa agensi yang akan dan telah dikenal pasti termasuk dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jasin.

“Kita akan cuba mengekalkan dan memastikan persatuan belia dalam daerah Jasin terus mendominasi kedudukan utama dalam Anugerah Perdana Negara 2021 bagi kategori Pertubuhan Belia dan Individu,”katanya.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *