PERLAWANAN AMAL BANTU TAMPUNG KOS PEMBEDAHAN

Oleh MUHAMMAD ZAIDEE DAUT

Melaka – Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Peribahasa ini amat bertepatan dengan usaha dilakukan empat pasukan bola sepak bagi membantu mengurangkan beban bekas pemain Melaka, Pulau Pinang dan Sarawak, Azizan Baba, 39, untuk membiayai kos pembedahan paha kirinya yang mengalami kecederaan teruk akibat ‘hamstring’ beberapa bulan lalu.

Empat pasukan tersebut adalah Melaka Elite, bekas pemain Johor, bekas skuad Belia Melaka dan bekas pemain Piala Presiden Melaka.

Perlawanan amal diadakan di Stadium Hang Tuah itu merupakan usaha pihak berkenaan bagi mengisi tabung khas berjumlah RM20,000 untuk tujuan rawatan dan pembedahan Azizan.

Pengerusi penganjur perlawanan amal, Abdul Halim Jantan berkata, hasil daripada program iu, sebanyak RM5,023 berjaya dikumpulkan.

“Beberapa bekas pemain seperti Mazelan Wahid, Samsurin Abdul Rahman, Sapian Wahid, Rashid Mahmud, Mohd Noor Derus dan saya sendiri turut menyertai perlawanan ini.

“Saya berterima kasih dan sangat menghargai usaha Setiausaha Persatuan Bolasepak Melaka United (Musa) Ahmad Roslee Hamzah, Naib Presiden Musa Datuk Khairi Anuar Baduk, Pengurus Liga Super Melaka United, Mohamad Akram Abdullah atas kelancaran perlawanan ini.

“Tidak ketinggalan juga kepada rakan seperjuangan seperti Zainol Arif Rusli, Shahrul Nizam, Ayob Alias dan Mohd Nor Helmi yang hadir membantu menjayakan perlawanan ini termasuk semua penaja dan penderma,”katanya.

Tambah Abdul Halim, secara tidak langsung perlawanan amal ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara bekas pemain disamping mengimbau kembali era kegemilangan masing- masing semasa masih aktif dalam persada bola sepak negara.

Dalam perkembangan lain, Abdul Halim yang juga bekas pemain Melaka turut meminta jasa baik Persatuan Bola Sepak Melaka supaya dapat mengambil peduli kebajikan bekas-bekas pemain Melaka yang pernah berbakti kepada negeri ini.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *