E-SPORT ISI MASA LAPANG BELIA

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Oleh MUHAMMAD ZAIDEE DAUT

SUNGAI RAMBAI – Persatuan Belia (MAYC) Seri Pengkalan Lambak (PBSPL) menganjurkan Kejohanan e-Sport FIFA Tertutup 2021 di Pusat Gerakan Belia persatuan itu, baru-baru ini.

Pengerusi PBPSPL, Mohd Ridzuan Mujid berkata, kejohanan diadakan menjadi platform kepada ahli persatuan mengisi masa lapang disamping merapatkan hubungan antara ahli.

Menurut Mohd Ridzuan, kejohanan itu menyaksikan lapan peserta bertanding merebut hadiah ditawarkan seperti wang tunai, plak dan sijil penyertaan.

“Selain mengisi masa lapang dan mengeratkan hubungan sesama ahli, kejohanan ini juga bertujuan mencungkil bakat terpendam dan menjadikan e-sport sebagai sukan sihat,”katanya.

Pada kejohanan tersebut, Muhamad Haziq Asyraf Tumiran berjaya menjadi johan dan membawa pulang hadiah RM200, plak dan sijil penyertaan.

Manakala naib johan dimenangi Nur Helmy Mohamad Sharif dan Nur Izuwan Mohamad Sharif di tempat ketiga.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Mohd Ridzuan Mujid.

Hadir sama, Pengerusi MAYC Kawasan Jasin, Asrul Khan Sher Jang Khan dan mantan Pengerusi PBSPL, Rozikin Md Shah.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

DAKI 14 PUNCAK DUNIA DUA KALI

Fara Ismail Menurut REUTERS – Sanu Sherpa 47, telah mencipta rekod pendakian dengan mendaki 14 puncak dunia yang berketinggian melebihi 8,000 meter

HUKUMAN MATI EMPAT AKTIVIS

FARAH ISMAIL MYANMAR – Menurut Reuters, pihak berkuasa tentera Myanmar telah menghukum mati empat aktivis demokrasi yang dituduh membantu menjalankan “tindakan keganasan”, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *