AQIL ASYRAF SERTAI AMD

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Oleh: Muhammad Zaidee Daut

BUKIT LINTANG – Pemain bola sepak muda berbakat kelahiran Melaka, Aqil Asyraf Abdul Aziz terpilih menyertai Program Akademi Bolasepak Negara Mokhtar Dahari (AMD) Bawah 13 Tahun.

Penglibatan tersebut mendapat perhatian ADUN Ayer Molek, Datuk Rahmad Mariman.

Menurut Rahmad, ia peluang terbaik untuk anak muda itu mengasah bakat dan perlu digunakan dengan sebaik mungkin.

“Seperti kita tahu, AMD telah melahirkan ramai pemain muda berbakat dan saya berharap Aqil Asyraf tidak akan mensia-siakan peluang diperolehinya.

“Secara tidak langsung ia menjadi platform melahirkan pemain pelapis untuk Melaka,”katanya ketika mengunjungi Aqil Asyraf di rumahnya di sini,

Turut hadir, Ketua Jurulatih Remaja Negeri, Rashid Mamud.

Pada pertemuan itu, Rahmad turut menyampaikan sumbangan insentif kepada Aqil Asyraf sebagai tanda sokongan dan kejayaan terpilih ke AMD.

Sementara itu, Rashid, berkata Aqil Asyraf merupakan bekas pelatih Akademi Bolasepak Kiddo Kickers Melaka untuk B13 dan beliau merupakan satu-satunya pemain terpilih daripada 10 pemain yang menghadiri sesi pemilihan baru-baru ini.

“ Aqil Asyraf berkebolehan bermain di posisi penyerang dan seperti keluarganya juga, saya yakin dia akan berjaya di AMD dengan mengutamakan disiplin sepanjang mengikuti program di sana.

“Saya harap dia melakukan yang terbaik dan tidak mengabaikan pelajaran. Semoga dia dapat mencurahkan bakti buat bola sepak Melaka satu hari nanti,” katanya.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

DAKI 14 PUNCAK DUNIA DUA KALI

Fara Ismail Menurut REUTERS – Sanu Sherpa 47, telah mencipta rekod pendakian dengan mendaki 14 puncak dunia yang berketinggian melebihi 8,000 meter

HUKUMAN MATI EMPAT AKTIVIS

FARAH ISMAIL MYANMAR – Menurut Reuters, pihak berkuasa tentera Myanmar telah menghukum mati empat aktivis demokrasi yang dituduh membantu menjalankan “tindakan keganasan”, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *