PKP 2.0 : PEMAIN MU CABAR DIRI

MUHAMMAD ZAIDEE DAUT

MELAKA – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dijangka berakhir 26 Januari ini menjadi cabaran kepada pemain Melaka United (MU) untuk mengekalkan aspek kecergasan.

Ini kerana mereka perlu meningkatkan tahap kecergasan menerusi latihan individu berbanding sebelum ini secara berpasukan.

Menurut penyerang Melaka United (MU), Fakhrullah Rosli, latihan secara berpasukan terhenti selama dua minggu itu amat mencabar.

“Saya dan rakan-rakan perlu bekerja lebih keras untuk memaksimunkan momentum.

“Latihan bersama rakan sepasukan jauh berbeza kerana, di rumah keadaan terhad membuatkan hanya latihan ringan dapat dilakukan berbanding di padang bersama jurulatih dan rakan-rakan.

“Namun, saya sedaya upaya memperhebatkan aspek kecergasan supaya tidak hilang dan menjejaskan sesi latihan akan datang,” katanya.

Jelas Fakhrullah, sebagai pemain, peminat dan penggiat sukan pastinya dia mengharapkan pandemik Covid -19 segera berakhir.

“Saya tidak menolak kemungkinan liga akan ditangguhkan lebih lama jika PKP 2.0 dilanjutkan dan pandemik berkenaan tidak berjaya dilandaikan dalam masa terdekat.

“Apapun semuanya kami serahkan kepada pengumuman kerajaan dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) berkaitan status liga tersebut.

“Apa yang penting sebagai pemain, kami harus bersedia pada bila-bila masa untuk beraksi,”katanya.

-MF-
Foto : MU FC

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *