MARINA SAHABUDIN
BANDAR MELAKA – Komuniti Patriots Melaka menerima 100 kit makanan daripada KAJ Development Sdn. Bhd.
Pengerusinya, Abdul Alim bin Ab Ghani berkata, sumbangan tersebut akan diserahkan kepada golongan memerlukan khususnya yang terjejas Covid 19.
Menurutnya, sedikit sebanyak usaha berkenaan dapat meringankan beban ditanggung mereka.
“Dalam situasi kini, ramai terkesan kerana ada kehilangan punca pendapatan dan sebagainya.
“Oleh itu, kita cuba mencari medium menyampaikan bantuan menerusi kerjasama NGO, jabatan kerajaan, individu persendirian dan lain-lain,” katanya kepada Melakafirst.
Tambah Abdul Alim, diharap usaha tersebut juga dapat melegakan golongan penerima.
“Walaupun tidak sebanyak mana, namun saya yakin ia dapat menceriakan mereka,” katanya.
-MF-