TV ALHIJRAH TERUS DIIKTIRAF TERBIT PELBAGAI PROGRAM ILMIAH

MARINA SAHABUDIN

TV AlHijrah terus menerima pelbagai pengiktirafan apabila dinobat pemenang Anugerah The BrandLaureate The World’s First E-Branding Award bagi kategori Anugerah Rakan Strategik Perniagaan.

Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah Namanzee Harris berkata, kemenangan itu kali ketiga bagi TV AlHijrah, yang menjadi satu-satunya stesen televisyen Malaysia memenangi anugerah itu.

“Anugerah ini merupakan penghormatan kepada TV AlHijrah dan bukti stesen kami mampu bersaing meskipun berdepan cabaran tidak dijangka,” katanya.

Ujar beliau, hasil kerja keras dan komitmen daripada rakan-rakan di TV AlHijrah.

“Kita lihat tahun lalu ramai terkesan dengan pandemik Covid 19 dan banyak perniagaan terjejas namun, kita mampu bertahan dan itu perkara membanggakan,” katanya.

Menurut Namanzee, tahun 2021 bakal menyaksikan lebih banyak program berimpak tinggi dihasilkan dan dsiarkan oleh stesen gaya hidup Islam itu.

“Ia demi memenuhi aspirasi penyiaran negara dan selera penonton yang mendambakan program ilmiah berbentuk pendidikan dan hiburan selari ajaran agama, batasan budaya dan norma masyarakat majmuk di Malaysia.

“Kami akan terbitkan program impak tinggi seperti program MY H.A.U.S, Dengarkan dan Hijrah Berselawat (bersiri).

“Ketiga-tiga program ini menjadi nadi kepada kempen Musa’adah Covid-19 2021 serta memposisikan TV AlHijrah sebagai stesen yang mendengar nadi denyut rakyat,” katanya.

Ia juga bagi merealisasikan TV Alhijrah sebagai stesen penenang jiwa yang memeluk emosi rakyat Malaysia tatkala negara menghadapi ancaman Covid-19 dan kemuraman ekonomi.

Beliau turut berharap TV AlHijrah terus bersaing dan kekal relevan mendepani arus permodenan di peringkat tempatan dan antarabangsa walaupun mendapat persaingan daripada media baru.

Anugerah The BrandLaureate The World’s First E-Branding Award berlangsung buat pertama kalinya secara maya bagi memberi pengiktirafan kepada syarikat korporat yang sentiasa berusaha secara konsisten membina jenama hingga dikenali di pasaran tempatan dan global.

Ia merangkumi sektor seperti makanan, hotel dan pelancongan, kecantikan dan kosmetik, sukan, kesihatan, fesyen, perbankan dan kewangan serta banyak lagi.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *