ANAK MELAKA SERTAI AKADEMI BOLASEPAK JDT

MUHAMMAD ZAIDEE DAUT

MELAKA – Dua pelatih Akademi Kiddo Kickers Melaka dan seorang murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Minyak dipilih menyertai Akademi Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bermula minggu ini.

Jurulatih Akademi Kiddo Kickers, Norizam Ali Hasan berkata, pelatih tersebut Muhammad Nasrullah Mohd Nazeri dan Arrayan Hakeem Norizam adalah anaknya bersama Rayyan Mikail Amran.

Menurut Norizam, Muhammad Nasrullah dan Arrayan Hakeem bermain di posisi penyerang dan Rayyan Mikail di bahagian Midfield.

“Mereka akan mengikuti latihan skuad Bawah 12 Tahun JDT secara kontrak selepas berjaya melepasi tujuh siri pemilihan diadakan tahun lalu.

“Saya harap mereka dapat mengikuti latihan di akademi berkenaan dengan jayanya,” katanya.

Ujar Norizam, beliau yakin dengan kemampuan Akademi JDT yang menerima Anugerah Ahli Emas Piagam SupaRimau daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

“Ketiga-tiga pemain ini pasti menyinar dan berjaya menjadi pemain profesional pada masa hadapan,” katanya.

Seramai 120 pelatih Akademi JDT membabitkan pemain bawah 12 hingga 21 tahun menjalani latihan di akademi itu menerusi bimbingan jurulatih sepenuh masa dan diberikan pendedahan mengenai bolasepak moden.

-MF-
Foto : Melaka United Soccer Association (MUSA)

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *