MARINA SAHABUDIN
ASAHAN – Pandemik Covid 19 berterusan memberikan kesan mendalam kepada segelintir golongan di ini.
Lebih-lebih lagi kepada mereka yang kurang bernasib baik dan asnaf.
Justeru, ADUN Asahan, Datuk Seri Ghafar Atan mengambil inisiatif menziarahi mereka kurang berkemampuan dalam DUN ini.
Beliau berkata, pendekatan tersebut penting kerana ada di antara mereka yang uzur, tidak mampu menguruskan diri sendiri sehingga terputus bekalan makanan.
“Saya bersama MIC DUN Asahan berkesempatan menziarahi dan bertanya khabar masyarakat India di sini.
“Waktu sukar ini sangat membimbangkan mereka kerana ada yang dibuang kerja, penutupan premis tempat kerja dan tidak mampu bekerja atas masalah kesihatan,” katanya.
Pada program itu, beliau sempat menyumbangkan ‘walker’ bagi memudahkan urusan penerima.
“Saya harap mereka terus kuat menghadapi cabaran berlaku ketika ini,” katanya.
-MF-