111 PELAJAR TERIMA BANTUAN

MARINA SAHABUDIN

MELAKA – Seramai 111 pelajar sekolah rendah menerima bantuan menerusi sumbangan ikhlas diusahakan agensi kerajaan dengan kerjasama Jawatankuasa Post-Exco Pendidikan Negeri Melaka bermula Disember tahun lalu.

Inisiatif pantas itu membantu pasukan berkenaan mengumpul sejumlah RM17,000 bagi merealisasikan program tersebut.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi Teknikal dan Vokasional, Sains dan Inovasi, Datuk Noor Effendi Ahmad berkata, pelajar terpilih diberikan baucer bernilai RM150 setiap seorang.

“Mereka boleh gunakannya untuk membeli barangan sekolah mengikut keperluan masing-masing.

“Saya harap pendekatan ini dapat meringankan sedikit sebanyak bebanan ibu dan ayah terlibat,” katanya.

Noor Effendi turut berterima kasih kepada guru besar dan wakil sekolah kerana membantu menyerahkan baucer tersebut.

“Apa yang saya kongsikan di sini untuk menyebarkan pentingnya kita sebagai golongan pendidik meningkatkan semangat sekaligus melahirkan anak bangsa berketerampilan akhlaknya supaya kelak tidak mengabaikan ibu dan ayah.

“Say juga memohon sama-sama kita menyedarkan masyarakat menjadikan amalan menabung seperti generasi dahulu sebagai budaya kehidupan supaya senang di kemudian hari,” katanya.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *