MARINA SAHABUDIN
Kalau ke Melaka tak sah rasanya jika tidak menjejakkan kaki ke negeri yang sangat popular menerusi barisan muziumnya.
Pasti tidak lengkap kunjungan anda ke negeri ini kalau tidak meluangkan masa melihat sendiri keistimewaan serta keunikan muzium terdapat di sini.
Tidak hanya anda dapat menimba pelbagai ilmu mengenai sejarah, tetapi, momen hidup menjadi lebih bermakna dan manis menerusi foto-foto berjaya dirakam sepanjang menjejalah ke sini.
MF menyenaraikan beberapa muzium wajib dikunjungi jika anda ke negeri bersejarah ini.
- Muzium Istana Kesultanan Melaka – Merupakan sebuah replika Istana Sultan Melaka pada kurun ke 15. Senibina bangunan istana ini sangat unik dan menempatkan beberapa galeri tentang sejarah Kesultanan Melayu Melaka.
Sesuai membawa anak-anak yang masih bersekolah rendah atau menengah untuk lebih mendekati sejarah negeri Melaka dengan lebih efektif.
- Muzium Samudera – Sebuah muzium unik dan segala pameran ditempatkan di dalam replika kapal perang Potugis dan lokasinya terletak tidak jauh dari Jonker Street.
Muzium Samudera dikenali juga dengan nama Flora de la Mar Maritime Museum ini memberikan pengalaman berbeza bagi destinasi dianggap sebuah muzium.
Anak-anak khususnya pasti teruja berada di sini kerana dapat merasai susasan di dek sambil bergambar dengan perkakasan kapal layar.
- Muzium Budaya Cheng Ho (Cheng Ho Cultural Museum) – Pengaruh China dalam kebudayaan dan agama orang Melaka dulu-dulu memang berlainan sekali.
Muzium ini menjadi saksi untuk kita melihat sendiri informasi bersejarah tentang pengembaraan Cheng Ho ke Melaka.
Cheng Ho merupakan seorang Islam dan di sini terdapat banyak replika kapal, arca, tembikar China dan pameran.
- Muzium Senibina Malaysia – Merupakan salah satu daripada puluhan muzium di Melaka menempatkan pelbagai replika rumah lama Melayu Melaka.
Ia menampilkan sejarah seni bina rumah dan perkakasan membina rumah tradisional orang dulu-dulu.
Bangunan muzium ini merupakan sebuah bangunan Belanda lama dua tingkat.
- The Melaka Islamic Museum – Muzium terletak di Jalan Kota ini merupakan sebuah bangunan lama yang dahulunya menempatkan Badan Islam Melaka.
Terdapat pelbagai informasi dan bahan sejarah seperti pakaian, barang kemas, Al Quran lama dan gambar berkaitan dunia Islam khususnya di negeri ini.
Ia sangat menarik untuk dilawati jika anda ingin mengetahui atau mencari penyebaran agama Islam di negeri Melaka.
-MF-
Foto: PERZIM