BANTUAN BANJIR RIM KE PAHANG

JASIN – Misi bantuan pasca banjir DUN Rim dan Parlimen Jasin ke Pahang telahpun dimulakan pagi tadi.

Menerusi misi itu sebanyak empat buah Hilux memuatkan pelbagai barangan keperluan mangsa banjir bergerak ke empat daerah terpilih iaitu Kuala Krau, Kuala Lipis, Maran dan Jerantut.

ADUN Rim, Datuk Ghazale Muhamad berkata, usaha itu telah dilancarkan seminggu lalu.

Menurutnya, pelbagai agensi, masyarakat setempat dan NGO tidak ketinggalan menyalurkan sumbangan.

“Antara barangan diserahkan seperti makanan, minuman, cadar, pakaian dan lain-lain lagi. Kita telah bertanya pihak berkenaan di Pahang apa yang mereka perlukan dan ia memudahkan kami untuk merealisasikan misi ini,” katanya ketika dihubungi Melakafirst.

Tambah Ghazale, 500 pasang baju sekolah turut disumbangkan.

“Musim persekolah telahpun bermula, pakaian sekolah sangat diperlukan lebih-lebih lagi selepas ditimpa bencana banjir.

“Saya harap inisiatif ini dapat melegakan golongan penerima. Pada masa sama, saya berterima kasih kepada semua yang menjayakan misi ini.

“Keprihatinan mereka sangat dihargai dan ini sekaligus meningkatkan rasa tanggungjawab dalam kalangan penyumbang terlibat,” katanya.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *