MELAKA – Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) menawarkan peluang kepada ‘Industry Coach’ daripada industri berkaitan bagi membimbing usahawan dalam bidang tersebut.
Menurut, Timbalan Menteri Usahawan dan Koperasi, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, ia melibatkan lima industri baru bagi program INSKEN Bumiputera Business Coaching (IBBC).
“Ia memfokuskan kepada khidmat pengasuh, pusat tuisyen, sukan dan aktiviti lasak, penjagaan warga emas dan tadika.
“Justeru, saya meminta kepada semua yang berminat jangan melepaskan peluang menyertai program ini.
“Saya yakin banyak manfaat khususnya bagi memajukan produk atau perkhidmatan dijalankan bakal dimilikki,” katanya.
Pendaftaran boleh dilakukan dengan mendaftar di www.rebrand.ly/RFP_IndustryCoach.
-MF-
Sumber : FB Mas Ermieyati