JASIN – Pelbagai usaha dilaksanakan bagi membendung penularan wabak Covid 19 semakin membimbangkan di negeri ini.
ADUN Rim, Datuk Ghazale Muhamad berkata, antara usaha dilakukan pihaknya termasuk memberikan sumbangan PPE kepada warga Majlis Perbandaran Jasin (PPE).
Menurut beliau, ia demi memastikan petugas MPJ dhindari wabak berkenaan selepas ada di antara mereka disahkan positif Covid 19.
“Pihak JAPERUN mengeluarkan belanja untuk membeli kain manakala, Wanita UMNO DUN Rim membantu menjahit PPE tersebut.
“Sehingga kini kita telah menyumbangkan 100 PPE kepada MPJ dan ia akan disalurkan secara berkala mengikut keperluan,” katanya ketika dihubungi Melakafirst.
Majlis penyerahan PPE disempurnakan Ghazale kepada Yang DiPertua MPJ, Datin Sapiah Haron.
Ujar Ghazale, beliau memandang serius usaha-usaha diperluaskan bagi membantu agensi dan jabatan dalam DUN itu yang terjejas Covid 19.
“Buat masa sekarang hanya MPJ memerlukan bantuan PPE dan jika ada pihak lain terkesan, kita akan membantu yang termampu,” katanya.
-MF-