PELAJAR IKTBN LAPOR DIRI

MUHAMMAD ZAIDEE DAUT

MASJID TANAH – Seramai 404 pelajar Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah lapor diri bagi meneruskan semula pengajian selepas ditangguhkan berikutan Covid 19 sejak Mac tahun lalu.

Pengarah IKTBN Alor Gajah, Syamsul Tahrin Mohd Tahir berkata, daripada jumlah itu, seramai 241 pelajar melapor diri pada 2 Januari lalu bagi kemasukan semula siri 1 dan 205 pula melapor diri pada 9 Januari.

Menurut Syamsul Tahrin, semua pelajar dimaklumkan lebih awal bagi mematuhi SOP Pencegahan VODID 19 dan wajib mengamalkan 3W serta mengelakkan 3S seperti disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Semasa sesi ini pelajar dipantau pensyarah dan kakitangan IKTBN Alor Gajah.

“Alhamdulillah, mereka selamat tiba untuk melapor diri serta mematuhi SOP dan peraturan ditetapkan,”katanya.

IKTBN Alor Gajah menawarkan beberapa jurusan seperti Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti, Sijil Lanjutan Teknologi Elektrik, Diploma Teknologi Hospitaliti, Diploma Teknologi Elektrik dan Diploma Lanjutan Teknologi Hospitalliti.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *