MARINA SAHABUDIN
BANDAR MELAKA – Program Jambatan Syurga Berkongsi Rezeki menjadi medium membantu golongan kurang bernasib baik di negeri ini.
Inisiatif disalurkan Pertubuhan Komuniti Legacy EIS Group Berhad (COMLEG) itu mensasarkan penerima di sekitar Duyong, Kesidang, Bachang, Peringgit, Klebang, Limbongan dan Duyong.
Ia dilaksanakan bermula semalam sehingga esok yang mana seramai 360 penerima telah mendapat manfaatnya.
Program berkonsepkan konvoi dan ziarah kasih ini melibatkan kira-kira 50 ahli COMLEG bersama Pengerusinya Dato Zulkifli Ibrahim.
-MF-
Post Views: 718