GANDING BAHU BANTU MANGSA BANJIR

MUHAMMAD ZAIDEE DAUT

MERLIMAU – Beberapa agensi kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) terus prihatin dan berganding bahu dalam membantu meringankan beban penduduk dilanda banjir di Johor, hari ini.

Menerusi misi bantuan air minuman ke Johor itu, sejumlah 588 kotak air minuman telah diserahkan.

Misi ini mendapat kerjasama Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB), Persatuan Bulan Sabit Merah Melaka (BSMM) Cawangan Jasin, MAYC Jasin, Pengakap Alor Gajah dan YL Synergy Sdn Bhd.

Pengarah Urusan YL Synergy Sdn Bhd, Mohd Firzuanshah Jaafar berkata, ia misi kedua selepas diadakan di Pahang 16 Januari lalu.

“Bantuan ke Pahang dilepaskan ADUN Serkam yang juga Timbalan Pengerusi SAMB, Datuk Zaidi Attan dan sebanyak 1344 kotak air minuman telah disumbangkan.

“Manakala misi kali ini pula dilepaskan ADUN Merlimau, Datuk Roslan Ahmad di Plaza Tol Lipat Kajang,” katanya.

Jelasnya, bantuan sumbangan turut diterima daripada orang ramai.

“Kami berterima kasih atas keprihatinan masyarakat sudi membantu mangsa banjir di kedua-dua negeri terbabit,”katanya.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *