Oleh MUHAMMAD ZAIDEE DAUT
MELAKA – Gerakan Belia 4B (GB4B) Melaka menganjurkan program sumbangan kepada Frontliners bertemakan ‘Kami Amat Menghargai Anda’.
Pengerusi GB4B Negeri, Mohd Nizam Omar berkata, program mendapat kerjasama Syarikat D Aquarian Sdn Bhd bersama ahli jawatankuasa GB4B Negeri.
Menurutnya, program melibatkan lima kenderaan pacuan empat roda serta sebuah lori.
“Kita akan menyampaikan sumbangan kepada petugas yang bertugas di semua Sekatan Jalan Raya (SJR) di negeri ini.
“Penyampaian ini sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kami sebagai ahli belia GB4B terhadap pengorbanan diberikan pasukan keselamatan negara bagi membendung penyebaran Covid 19 melalui rantaian pergerakan.
“Program bemula jam 8.30 pagi di SJR Pernu dan di semua 14 SJR yang diadakan di negeri ini,”katanya.
–MF-