JASIN – Parti Amanah Melaka giat membantu golongan kurang mampu di parlimen Jasin khususnya menyediakan kelengkapan persekolahan.
Menerusi Program Back To School Peringkat Parlimen Jasin anjuran bersama Yayasan at taqwa, NGO-NGO dan masyarakat setempat, seramai 300 penerima mendapat manfaat.
Ketua Pemuda Amanah Melaka, Muhammad Khomeini berkata, setiap penerima diberikan barangan sekolah bernilai Rm150 seorang.
“Inisiatif ini memfokuskan kepada mereka yang benar-benar memerlukan dan layak sahaja.
“Untuk DUN Serkam, kami telah memilih 60 penerima daripada 300 sumbangan disampaikan. Lebihan tersebut pula akan diserahkan kepada dun-dun lain,” katanya kepada Melakafirst.
Hadir sama, Penasihat program, Yuhaizad Abdullah.
-MF-
Post Views: 297