LARANGAN RIADAH DI TAMAN AWAM

MARINA SAHABUDIN

MELAKA – Rakyat Melaka diingatkan agar tidak beriadah termasuk berjoging dan berbasikal di taman rekreasi awam.

Exco NGO, Pembangunan Belia dan Sukan, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, kebenaran melakukan aktiviti riadah hanya dibenarkan di kawasan kejiranan, taman perumahan dan kampung.

Menurutnya, bagaimanapun setiap individu wajib mematuhi SOP ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Semalam, kiraz-kira 20 individu Sungai ditahan Polis dan didenda RM1,000 setiap seorang kerana beriadah di Hutan Rekreasi Sungai Udang.

“Bagi mengelakkan perkara ini berulang, saya minta agensi atau PBTterlibat mengambil tindakan pantas dan tegas dengan menutup taman rekreasi.

“Papan tanda dilarang masuk dan penghadang dilarang masuk di semua pintu masuk taman rekreasi awam juga perlu diletakkan,” katanya menerusi satu kenyataan.

Jelas Mohd Rafiq, pada insiden semalam, tiada papan tanda dan penghadang dilarang masuk dipasang di Taman Rekreasi Sungai Udang.

“Saya dimaklumkan, pegawal keselamatan juga membenarkan pengunjung masuk beriadah di kawasan berkenaan.

“Mohon jasa baik pengawal keselamatan dan kakitangan menjaga semua taman rekreasi awam di Melaka sebagai usaha mencegah rakyat melanggar undang-undang atau ditetapnya,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Rafiq berharap rakyat Melaka bersabar dan mematuhi undang-undang serta peraturan ditetapkan demi memastikan usaha memerangi pandemik Covid-19 berjaya.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *