MBMB NAIK TARAF TAMAN PERMAINAN

MUHAMMAD ZAIDEE DAUT

MELAKA – Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 digunakan sebaiknya Jabatan Landskap Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) untuk menaik taraf taman permainan di negeri ini.

Ia termasuk membaik pulih kerosakan peralatan kayu, menggantikan peralatan bharu, tali buaian baharu, skru yang hilang serta mengecat permainan karat.

Kerja tersebut dilaksanakan secara berperingkat melibatkan 407 taman permainan yang mengalami kerosakan besar serta memerlukan kos tinggi dan diganti secara ‘one-off’.

Tindakan itu berdasarkan aduan penduduk, laporan kontraktor kawasan dan pemantauan tapak oleh kakitangan teknikal jabatan.

Selain itu, kerja menyahkuman secara berjadual bagi tujuan keselamatan dan kesihatan pengguna turut dilakukan.

Bagi taman permainan belum diserah kepada MBMB, ia perlu diselenggara sendiri pemaju sehingga pengambilalihan diluluskan.

Pihak MBMB berharap kemudahan dan fasiliti disediakan dapat dimanfaatkan sebaiknya penduduk serta sentiasa dijaga baik.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

DAKI 14 PUNCAK DUNIA DUA KALI

Fara Ismail Menurut REUTERS – Sanu Sherpa 47, telah mencipta rekod pendakian dengan mendaki 14 puncak dunia yang berketinggian melebihi 8,000 meter

HUKUMAN MATI EMPAT AKTIVIS

FARAH ISMAIL MYANMAR – Menurut Reuters, pihak berkuasa tentera Myanmar telah menghukum mati empat aktivis demokrasi yang dituduh membantu menjalankan “tindakan keganasan”, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published.