MUHAMMAD ZAIDEE DAUT
MELAKA – Kerajaan negeri meminta orang ramai mengamalkan displin lebih ketat dalam mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) di negeri ini.
Exco Kesihatan dan Anti Dadah Negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, ia berikutan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) berhadapan situasi genting susulan peningkatan kes positif Covid 19 setiap hari.
“Amalkan SOP sewajarnya demi membantu petugas barisan hadapan yang bekerja keras mengawal penularan wabak ini.
“JKN juga berhadapan cabaran berat kerana berlaku peningkatan kes dalam kalangan bukan warganegara melibatkan pekerja asing di kilang, industri dan tapak pembinaan.
“Bahkan kes penjara, pusat tahanan, komuniti dan kontak rapat juga masih berterusan,” tegasnya masyarakat perlu mengambil serius hal ini.