DERMA LAPTOP, PC

MELAKA – Orang ramai dialu-alukan menderma laptop atau komputer lama yang tidak digunakan bagi membantu golongan kurang mampu meneruskan sesi persekolahan anak mereka.

Inisiatif Alumni Parlimen Belia Malaysia ini bermatlamat meringankan beban golongan sasar sekaligus ingin melihat masa hadapan anak-anak di negara ini tidak ketinggalan ilmu pendidikan.

Walaupun sekolah di buka secara maya sejak 20 Januari lalu, tetapi tidak semua mampu menghadirkan diri secara maya setiap hari.

Jika anda mempunyai laptop terpakai atau komputer terpakai yang tersimpan di stor atau tidak digunakan lagi, pihak Alumni Parlimen Belia Malaysia akan membaikinya untuk didermakan dan digunakan anak-anak yang tidak bernasib baik di negara ini.

Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi nombor berikut :-

Lt Hisyam – 013 3129977
Freya – 013 4212058
Cikgu Nazrin – 010 5750195

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *