KONVOI PRIHATIN COMLEG DEKATI ASNAF

MARINA SAHABUDIN

BANDAR MELAKA – Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Begitulah boleh diumpamakan semangat kekitaan dalam diri ahli Pertubuhan Komuniti Legacy EIS Group Berhad (COMLEG) Malaysia.

Meskipun terlibat dengan komitmen dan tanggungjawab terhadap bidang keusahawanan, namun, hal-hal kebajikan tetap menjadi keutamaan.

Menurut Timbalan Presiden COMLEG Malaysia, Mohd Saiful Mohd Yunus, pelbagai inisiatif dilaksanakan bagi membantu golongan asnaf di negeri ini menerusi biro kebajikan pertubuhan itu.

“Antara program Jambatan Syurga Berkongsi Rezeki. Yang mana ahli-ahli COMLEG sama-sama turun padang melihat sendiri kesusahan dialami golongan sasar.

“Program ini dilakukan di seluruh Malaysia tetapi kerana kekangan PKP 2.0, kita jalankan dahulu di negeri ini,” katanya kepada Melakafirst.

Hadir sama, Pengerusi COMLEG Malaysia, Dato Zulkifli Ibrahim dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Bakar Batu, Mokhtar Amsah.

Berkongsi mengenai program ini, ujar mohd Saiful, ia dilaksanakan sejak minggu lalu.

“Ia bermula dengan bantuan Covid 19, bantuan ke masjid dan hari ini ke kampung-kampung pula.

“Antara kampung terlibat adalah Bakar Batu, Kesidang, Peringgit, Bachang, Limbongan, Klebang dan Duyong,” katanya.

Sementara Mokhtar berkata, pihaknya sangat berterima kasih kepada COMLEG Malaysia kerana memilih Kampung Bakar Batu menerima sumbangan tersebut.

“Sumbangan barangan makanan sangat bermakna kepada penduduk khususnya asnaf yang terjejas akibat Covid 19.

“Untuk hari ini kita sasarkan 50 penerima yang benar-benar terkesan dan jika ada lebihan barulah diagihkan kepada penduduk lain,” katanya.

Bagi Pengerusi Surau Al-Khairiah Peringgit, Datuk Haron Md Dom, inisiatif dilancarkan COMLEG Malaysia sedikit sebanyak meringankan beban penduduk di kampung itu.

“Syukur kerana masih ada pihak sudi berkongsi nikmat ini bersama golongan kurang bernasib baik.

“Harapan saya, usaha ini berterusan bagi membantu masyarakat lain yang terjejas mendapatkan bekalan makanan,” katanya.

Program berkonsepkan konvoi dan ziarah kasih ini menyasarkan 360 penerima dan melibatkan kira-kira 50 ahli COMLEG Malaysia.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *