FRONTLINER TERUS DIHARGAI

MUHAMMAD ZAIDEE DAUT

MELAKA – GB4B Melaka mengambil inisiatif singgah di 14 lokasi Sekatan Jalan Raya (SJR) di negeri ini bagi menyampaikan sumbangan kepada petugas barisan hadapan.

Pengerusinya, Mohd Nizam Omar berkata, program bertemakan ‘Kami Amat Menghargai Anda’ itu sebagai tanda penghargaan kepada frontliner bertugas.

Menurutnya, antara disampaikan termasuk barangan makanan, hand sanitizer, cerek elektrik serta tiket masuk percuma ke Mini Malaysia & Asean Cultural Park.

“Pengorbanan dan sumbangan anggota keselamatan yang bertugas di SJR ini wajar dihargai demi memastikan rantaian pandemik Covid 19 dapat diputuskan,” katanya.

Jelas Mohd Nizam, program bermula di Petronas Semabok dan melalui semua SJR di daerah Jasin, Alor Gajah dan Melaka Tengah sebelum berakhir di Jabatan Kesihatan Negeri Ayer Keroh.

Beliau turut berterima kasih kepada Polis Diraja Malaysia PDRM, kerana memberikan kebenaran menjayakan program tersebut serta kepada semua penyumbang.

–MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *