PENIAGA MPHTJ PATUH SOP

MUHAMMAD ZAIDEE DAUT

MELAKA – Peniaga di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) semakin mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dilaksanakan.

Yang DiPertua MPHTJ, Datuk Shadan Othman berkata, ia dikenalpasti menerusi jumlah kompaun dikeluarkan MPHTJ berkurangan berbanding tahun lalu.

Menurut Shadan, peniaga juga memahami arahan ditetapkan kerajaan dengan melaksanakan SOP di kawasan dan premis perniagaan masing-masing.

“Sepanjang tinjauan dilakukan, kebanyakan peniaga akur dengan sentiasa mengikuti SOP.

“Sekiranya didapati ada kesalahan, kami akan memberi teguran dahulu dan saya percaya mereka sudah cukup memahami SOP ditetapkan kerajaan,”katanya.

Shadan berharap peniaga terus mematuhi SOP ditetapkan sehingga PKP 2.0 tamat pada 4 Februari ini bagi membantu kerajaan mengurangkan kes Covid-19.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *