ROXEL LUXURY WANGIAN EKSLUSIF KHARIL PERTARUH ENAM BAUAN MISTERI

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

MARINA SAHABUDIN

Meskipun baru sahaja dipasarkan hampir dua bulan lalu, namun siapa sangka wangian Roxel Luxury ini sudah terjual melebihi 3000 botol.

Pengasasnya, Kharil Bujang,37 berkata, percubaannya itu menjadi selepas dia mengambil keputusan hanya untuk memperkenalkan enam jenis wangian sahaja.

Berbanding jenama sedia ada di pasaran, enam wangian ini terbahagi kepada tiga untuk lelaki dan tiga lagi wanita.

Berbicara mengenai perkara ini, jelasnya, dia tidak mahu wangian dihasilkan terlalu banyak sehingga memeningkan pelanggan.

“Bagi saya enam sudah cukup dan ia menjadikan wangian ciptaan saya mempunyai eksklusiviti tersendiri.

“Antara bauan ini adalah Mr Romeo, Mr Boss dan Mr Million. Manakala untuk wanita adalah Ms Rossa, Ms Gucci dan Ms Hann.

“Paling mendapat sambutan hangat adalah Mr Boss dan Ms Rossa,” katanya kepada Melakafirst.

Menurut Kharil, dia memberanikan diri terjun dalam bidang ini kerana minatnya terhadap benda-benda yang cantik dan wangi.

“Kerana terlalu sukakan sesuatu yang wangi, saya terfikir mengapa tidak saya cipta minyak wangi sendiri. Bahkan saya sanggup laburkan lebih RM300,000 sebagai modal permulaan.

“Sekarang ia sudah berhasil dan saya juga teruja kerana mendapat respon baik daripada pelanggan,” katanya.

Berkongsi mengenai wangian dihasilkan, kata Kharil bukan mudah untuk memilih bau yang diterima dan disukai pengguna.

“Saya ambil masa tiga bulan untuk pilih bauan tersebut. Bimbang juga pilihan saya tidak mendapat tempat di hati mereka, tetapi saya bersyukur kerana ia sangat tepat,” katanya.

Menariknya, agen Roxel Luxury sudah mencecah lebih 200 orang.

“Rata-rata agen saya di Kuala Lumpur dan Melaka hanya ada kira-kira 50 orang.

“Mereka ini bermula sebagai pelanggan dan apabila sudah terpikat dengan wangian tersebut, mereka ambil keputusan menjadi agen dan menjualnya.

“Secara tidak langsung, mereka mendapat keuntungan dan pelbagai faedah lain disediakan syarikat,” katanya.

Walaupun berhadapan cabaran adanya wangian lebih popular dan komersial di pasaran, namun ia bukan alasan bagi Kharil untuk maju dalam bidang ini.

“Saya yakin bauan dan kualiti saya pamerkan menerusi produk ini membuatkan ia mampu bersaing dengan produk lain.

“Apa boleh saya katakan, selain tahan lama, boleh dibawah solat, ia juga mempunyai bau lain daripada wangian sedia ada.

“Walaupun ia diilhamkan dengan bauan popular tempatan, tetapi sentuhan rahsia disuntik dalam wangian ini membuatkan ia lebih unik dan istimewa,” katanya.

Bermatlamat menghasilkan pelbagai produk berasaskan wangian selepas ini, Kharil juga berharap dapat melahirkan lebih ramai usahawan bersamanya.

“Saya sentiasa mengalu-alukan sesiapa saja untuk menjadi agen Roxel Luxury. Kalau berminat boleh layari laman sosial facebook, instagram dan website Roxel HQ bagi pertanyaan lanjut,” katanya.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

GABEM TAWAR GERAN DIGITAL PKS

Marina Sahabudin MELAKA – Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM), melalui anak syarikatnya GABEM Ventures Sdn Bhd menandatangan usahasama Memorandum Persefahaman Inisiatif Pendigitalan

TAWAR KERJASAMA STRATEGIK

Marina Sahabudin MELAKA – Kerajaan Melaka menawarkan tawaran kerjasama dengan wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) negeri dalam usaha melakukan transformasi pembangunan negeri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *