KUALA LUMPUR – Berita gembira buat pasangan suami isteri yang berjauhan akibat sekatan ke luar daerah dan negeri rentetan PKP 2.0.
Kenyataan tersebut diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang media khas semalam.
Kata beliau, kerajaan bersetuju membenarkan mereka berjumpa selepas mendapat surat kebenaran daripada pihak polis.
Ia berkuatkuasa hari ini, bagaimanapun pasangan bergejala dinasihati mendapatkan rawatan terlebih dahulu sebelum bertemu pasangan atau keluarga masing-masing.
Sumber : Sidang media khas MKN saluran RTM
Post Views: 538