9 DITAHAN POSITIF DADAH

MUHAMMAD ZAIDEE DAUT

AYER KEROH – 9 lelaki termasuk seorang wanita berusia 18 hingga 25 tahun ditahan Unit Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Melaka dalam serbuan di sebuah apartmen di Taman Kota Laksamana semalam.

Ketua JSJK, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, Supt. E. Sundra Rajan berkata, semua suspek itu warganegara tempatan.

“Sepasukan pegawai dan anggota dari Unit Risikan dan Operasi JSJK Melaka telah bertindak atas maklumat sindiket pusat panggilan penipuan pelaburan.

“Dalam serbuan itu, semua suspek didapati sedang berkumpul di apartment berkenaan.

“Hasil pemeriksaan lanjut, pihak polis menemui tiga paket plastik lutsinar yang dipercayai mengandungi dadah disyaki jenis Ketamin dengan anggaran berat 0.55 gram di bawah katil salah satu bilik dalam apartment tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media.

Mengulas lanjut, hasil ujian saringan air kencing ke atas semua suspek mendapati semua suspek positif dadah jenis Ketamin.

“Kesemua mereka serta bahan rampasan tersebut diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPD Melaka tengah untuk siasatan lanjut,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *