DR AZIZAN POSITIF COVID 19, HAMPIR MAUT

Pakar motivasi dan penceramah terkenal Datuk Dr Azizan Osman
hampir maut selepas dijangkiti virus Covid 19 baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di laman sosial facebook dan instagram milik beliau, Dr Azizan mengesahkan 31 ahli keluarganya dijangkiti virus itu, malah ibu mertuanya telah kembali ke rahmatullah.

“Saya dah hampir maut! Nafas saya sesak! Doktor kata peluang saya amat tipis!

“Tapi sesuatu berlaku yang membuktikan kekuasaan Allah SWT,” katanya.

Jelasnya, bukan mudah untuk dia kongsikan betapa sedih, perit dan ngeri pada waktu itu.

“Tapi sangat penting untuk saya kongsikan sebagai seorang MenThor, saya nak anda tahu proses ini dan mengapa saya dan RichWorks terus buat apa yang kami buat hingga hari ini.

“Pada 7 Januari 2021, saya dan keluarga terdedah kepada individu yang positif Covid-19 dan saya sendiri dijangkiti. COVID IS REAL, THE STRUGGLE IS REAL, it’s a real fight kalau you ada pada simptom atau tahap yang teruk.

“Saya cuba untuk menangis ketika menulis ni tapi pada waktu itu Alhamdulillah saya ada keluarga saya, saya ada Mak saya… isteri saya, Datuk Jerry… you are an amazing friend,” katanya.

Menurutnya, pada waktu itu, dia fikirkan tentang anak didik, Team RichWorks, dan semua yang tak henti DM/PM dirinya sehingga hari ini.

“Walaupun saya tahu tiada harapan, ia beri saya semangat untuk hidup.

“Masa itulah saat penentu untuk pergi atau kekal… You tak boleh bernafas, you tak boleh tarik, you tak boleh hembus hanya gunakan machine untuk terus survive dan fight dengan otak, emosi dan diri.

“Do you want to live? Do you want to fight? That was the moment. dan Insya-Allah, ini masanya untuk saya betulkan segalanya, peluang kedua ni bukan sekadar suka-suka. Saya percaya ada sebab Allah bagi peluang ni untuk saya buat segalanya dengan lebih baik, to be a better MenThor In sha Allah,” katanya.

Ujar Dr Azizan, melihat bagaimana pandemik ini begitu kritikal hingga ada yang tekad bunuh diri, seorang ibu mencuri ubat untuk anak-anak, ada yang mencari rezeki di tempat sampah, kerajaan sedang berkira-kira untuk total lockdown yang akan beri impak pada pekerjaan ramai orang dan bisnes, tekanan perasaan dan banyak lagi dalam berita semasa.

“Ini semua cukup memberi kesan pada saya betapa saya belum berjaya bantu bangsa saya untuk berjaya

“Saya sedar misi saya belum selesai seperti kata Mak, ramai lagi anak bangsa yang ketinggalan, perlukan bimbingan terutama dalam dunia bisnes ini. Saya dan RichWorks akan terus buat apa yang kami buat hingga hari ini.

“Apatah lagi dengan keadaan pandemik, ratusan ribu hilang pekerjaan, bisnes tengah struggle dan mereka tak nampak lagi hala tuju yang perlukan ilmu dan bimbingan saya dan RichWorks,” katanya.

Tambahnya lagi, ini yang hendak dia komgsikan dengan orang ramai secara Live meskipun baru pulih bermula Sabtu 30 Januari hingga 1 Februari 2021.

“Saya akan bongkarkan bagaimana saya bina bisnes anak didik saya untuk survive sepanjang PKP tahun lepas, dan sesi ni saya berikan 100% Percuma untuk support, untuk bantu rakyat Malaysia sama-sama bangkit untuk lawan pandemik ini dan terus survive dengan berniaga.

“Percayalah ini bukan cerita dongeng, this is about Real People, Real Results, Real Business, Real Story!

“I’m a Covid Survivor! I fight to live! And this is my journey. Jumpa saya secara LIVE Sabtu ini 30 Januari ini! Saya nak kongsikan pengalaman dan apa yang saya belajar dari saat hampir mati saya,” katanya.

100% Percuma tajaan RichWorks
Daftar sekarang di www.binabisnesberjaya.com untuk sesi Seminar Bina Bisnes Berjaya 2021 khas untuk bantu peniaga & usahawan yang bisnes terkesan akibat cabaran pandemik covid-19….

Sumber Fb Dr Azizan

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *