KKM, MELAKA BERGANDING ATASI COVID 19

MARINA SAHABUDIN

MELAKA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terus mencari strategi menangani peningkatan jumlah kes Covid-19 di negara ini.

Exco Kesihatan dan Anti Dadah, Datuk Rahmad Mariman berkata, pelbagai usaha dilakukan demi memastikan wabak Covid 19 berjaya dibendung.

Antara inisiatif dilaksanakan :

  1. Menambah kapasiti katil termasuk menukarkan beberapa hospital KKM kepada hospital Covid-19 atau hibrid Covid-19 sepenuhnya.
  2. Hospital Melaka kekal sebagai Hospital Hubris Vivid bagi merawat pesakit Covid-19 dan pesakit lain, manakala Hospital Jasin dirancang untuk merawat pesakit Covid-19.
  3. Menambah Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) dilaksanakan bagi menampung kes semakin menular. Kes berisiko rendah kategori 1 dan 2 yang ringan pula dihantar ke MAEPS selain ke PKRC Kolej Kejururawatan Melaka.
  4. Memperkenalkan pengasingan dan pemantauan di rumah untuk pesakit kategori satu (tidak bergejala) dan kategori dua (gejala ringan) selain kaedah kuarantin kendiri.
  5. Menubuhkan Pusat Penilaian Vivid (CAC) untuk menilai pesakit Covid-19 sesuai menjalani pengasingan dan pemantauan di rumah. Di Melaka telah tubuh 5 CAC.
  6. KKM juga meningkatkan kapasiti makmal melalui kerjasama dengan pelbagai agensi, universiti dan makmal swasta bagi menjalankan ujian Tindak Balas Rantai Polimerase (RT-PCR) dan Antigen Rapid Test Kit (RTK-Ag).
  7. Walaupun berlaku kekurangan tenaga kerja dan bekerja terlalu teruk, KKM sentiasa berusaha mengatasi masalah itu dalam menangani pandemik tersebut.
  8. Sejumlah 3,617 petugas kesihatan telah digerakkan KKM selain sukarelawan, badan bukan kerajaan (NGO), pasukan keselamatan dan pelbagai agensi lain sejak tahun 2020.
  9. KKM juga memohon tambahan kakitangan dan juga latihan kepada kakitangan sedia ada untuk melaksanakan pelbagai tanggungjawab menangani Covid-19.
  10. Bagi menangani situasi petugas kesihatan yang keletihan dan terjejas emosi, KKM mengambil inisiatif menubuhkan Talian Sokongan Psikososial di peringkat negeri dan pusat serta bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan dan NGO dalam menganjurkan aktiviti ini.
  11. Pasukan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial turut dikerahkan ke hospital serta fasiliti kesihatan untuk menyediakan Pertolongan Cemas Psikologi kepada petugas kesihatan dan barisan hadapan yang memerlukan.
  12. KKM meminta orang ramai, majikan dan individu membantu mengenal pasti kontak rapat di kawasan mereka bagi membolehkan tindakan awal diambil Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan.
  13. KKM terus bekerjasama dengan semua agensi kerajaan dan bukan kerajaan bagi menguruskan pandemik ini.
  14. Rakyat Malaysia ditegaskan mematuhi semua nasihat kesihatan yang diberikan dan SOP ditetapkan kerajaan seperti mengamalkan 3W (wash – kerap mencuci tangan, wear – memakai pelitup muka serta warn – memberi amaran kepada ahli keluarga, rakan dan jiran) dan mengelakkan 3S (kawasan sesak, sempit dan sembang dekat).
  15. KKM juga mengadakan kerjasama dengan hospital swasta untuk merawat pesakit Covid-19 yang mana di Melaka empat hospital swasta telah bersetuju dan KKM sedang menyiapkan kaedah serta proses yang sesuai seperti kos rawatan dan latihan.
  16. Program vaksinasi Covid-19 telah dimulakan dan dijangka vaksinasi akan dilaksanakan dalam 3 fasa para tahun ini.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *