TURUN PADANG PANTAU SJR

MUHAMMAD ZAIDEE DAUT

JASIN – Pegawai Daerah Jasin, Datuk Anis Ali Hasan turun padang melawat lima lokasi Sekatan Jalan Raya (SJR) di daerah Jasin.

Lawatan disertai Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin, ASP Mohd Saharuddin Mohd Noor, Pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah (BSMM) Daerah Jasin, Jezlee Pit dan Setiausaha BSMM Daerah Jasin, Yassin Musa.

Pada lawatan itu, Anis menyampaikan sumbangan kit norma baharu yang mengandungi penutup muka, hand sanitizer dan makanan kepada anggota polis dan tentera yang bertugas di SJR.

“Terima kasih saya ucapkan kepada semua petugas barisan hadapan (frontliners) atas komitmen dan tanggungjawab dilaksanakan demi memastikan keselamatan juga kesihatan rakyat,” katanya.

Pada lawatan itu, BSMM turut menyumbangkan faceshield dan facemask untuk kegunaan petugas di setiap SJR.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

DAKI 14 PUNCAK DUNIA DUA KALI

Fara Ismail Menurut REUTERS – Sanu Sherpa 47, telah mencipta rekod pendakian dengan mendaki 14 puncak dunia yang berketinggian melebihi 8,000 meter

HUKUMAN MATI EMPAT AKTIVIS

FARAH ISMAIL MYANMAR – Menurut Reuters, pihak berkuasa tentera Myanmar telah menghukum mati empat aktivis demokrasi yang dituduh membantu menjalankan “tindakan keganasan”, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published.