FARIS SHAH SASAR SKUAD UTAMA

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

MUHAMMAD ZAIDEE DAUT

Bekas kapten pasukan skuad bawah 22 tahun negara, Faris Shah Rosli sasar menjadi tonggak utama Melaka United FC bagi musim 2021.

Pemain pertahanan itu berkata, walaupun terpaksa bersaing tempat dengan dua rakannya Wan Amirul Afiq Wan Ab Rahman dan Khairul Anwar Shahrudin, ia tidak menghalang Faris Shah memastikan dirinya berada dalam skuad utama Hang Tuah itu.

Menurut anak kelahiran Cik Siti Wan Kembang itu, bagaimanapun, ia bukan tugas mudah.

“Jujur saya katakan memang mencabar bagi merebut tempat sebagai pemain utama sebelum ini apabila bersaing dengan kedua-dua pemain tersebut.

“Saya perlu meningkatkan prestasi dan keyakinan sewaktu latihan bagi memastikan prestasi terbaik bersama pasukan,”katanya.

Faris Shah yang memasuki musim keempat bersama Melaka pada tahun ini berharap dapat membantu Melaka United FC mendapatkan sekurang-kurangnya satu piala dan menduduki empat pasukan teratas dalam liga musim ini.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

DAKI 14 PUNCAK DUNIA DUA KALI

Fara Ismail Menurut REUTERS – Sanu Sherpa 47, telah mencipta rekod pendakian dengan mendaki 14 puncak dunia yang berketinggian melebihi 8,000 meter

HUKUMAN MATI EMPAT AKTIVIS

FARAH ISMAIL MYANMAR – Menurut Reuters, pihak berkuasa tentera Myanmar telah menghukum mati empat aktivis demokrasi yang dituduh membantu menjalankan “tindakan keganasan”, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *