MARINA SAHABUDIN
TELOK MAS – Seorang ibu berusia lewat 50an kental menjaga anaknya yang menghidap sakit barah.
ADUN Telok Mas, Datuk Noor Affendi Ahmad berkata, dia terharu melihat perjuangan wanita dikenali sebagai Kak Zai yang menjaga anaknya sulongnya itu.
” Sebak dan bangga saya dengan Kak Zai, cari rezeki mengasuh anak-anak kecil jagaan di siang hari dan pada masa sama galas tanggungjawab menjaga anak sendiri yang dewasa, sudah tahap perlu menggunakan kerusi roda dan lampin pakai buang. “
“ Kita doakan Kak Zai terus kuat dan Tuhan berikan beliau kesihatan yang baik.
” Waktu dia berada di kaunter Japerun, saya perhati dari jauh elok sahaja dia bercakap, apabila saya kenalkan diri, dia jadi terperanjat dan melatah,” kongsinya.
Tambah Noor Affendi, beliau turut menyampaikan sumbangan kerusi roda dan keperluan lain bagi meringankan bebannya.
”Dengan adanya kerusi roda ini diharap ia dapat membantu Kak Zai menguruskan anaknya dengan lebih baik dan mudah,” katanya.
-MF-