MAFI PERGIAT TANAMAN CILI

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

MUHAMMAD ZAIDEE DAUT

MELAKA – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) berusaha membantu petani tempatan mempergiatkan tanaman cili sebagai usaha mengurangkan cili import.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, inisiatif tersebut medium mengangkat produk tempatan ketika wabak pandemik Covid 19 melanda negara.

Menurutnya, disamping itu ia mengurangkan lambakan hasil tuaian tidak dijual terutama ketika musim tengkujuh.

“Pengeluaran cili dalam negara sebanyak 60 peratus manakala selebihnya diimport dari Thailand.

”Kemasukan cili import ini perlu dikawal supaya cili tempatan tidak menjadi lambakan sehingga menyebabkan harganya jatuh.

“Kami mengesyorkan cili import dari Thailand hanya digunakan membuat produk makanan seperti sos, manakala hasil tanaman diusahakan petani tempatan pula, dijual sepenuhnya di pasaran,” katanya.

Tambah beliau, hari ini ramai petani khususnya generasi belia yang berminat menceburi bidang ini.

”Mekanisma ini diharap dapat menggalakkan penghasilan cili tempatan sehingga 100 peratus keperluan dalam negara,” katanya

Tambah Ahmad, harga cili di pasaran menunjukkan penurunan sejak kebelakangan ini.

”Justeru dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), harga cili dan sayuran di pasaran sentiasa dipantau untuk memastikan bekalan mencukupi,” katanya.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

DAKI 14 PUNCAK DUNIA DUA KALI

Fara Ismail Menurut REUTERS – Sanu Sherpa 47, telah mencipta rekod pendakian dengan mendaki 14 puncak dunia yang berketinggian melebihi 8,000 meter

HUKUMAN MATI EMPAT AKTIVIS

FARAH ISMAIL MYANMAR – Menurut Reuters, pihak berkuasa tentera Myanmar telah menghukum mati empat aktivis demokrasi yang dituduh membantu menjalankan “tindakan keganasan”, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *