PERSONA KOTA MELAKA TERUS PRIHATIN

MARINA SAHABUDIN

MELAKA – Persona Parlimen Kota Melaka meneruskan penyampaian sumbangan di beberapa DUN dalam negeri ini sebagai medium meringankan beban golongan memerlukan.

Antara DUN tersebut termasuk Telok Mas, Duyong, Bandar Hilir, Kota Laksamana dan Kesidang.

Pengerusi Persona Parlimen Kota Melaka, Sabariah Jamil Ahmad berkata, menerusi pendekatan itu banyak keluhan diterima mereka.

Menurutnya, bukan mudah bagi golongan kurang bernasib baik ini berhadapan pandemik Covid 19.

”Ada di antara mereka kehilangan punca pendatan. Ini sekaligus menyukarkan mereka untuk menyediakan keperluan lain khususnya makanan untuk ahli keluarga.

”Kami, Team Persona Kota Melaka berharap usaha ini dapat membantu mengurangkan tekanan dilalui mereka,” katanya.

Program sumbangan kit makanan dan face shield itu turut mendapat ihsan daripada KAJ Development Sdn Bhd.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *