MONYET PUN NAK MAKAN!

MARINA SAHABUDIN

ASAHAN – ADUN Asahan, Datuk Seri Ghafar Atan memandang serius isu monyet berkeliaran di kampung ini.

Menurut beliau, monyet-monyet tersebut telah dihantar ke Bukit Gapis sebagai penempatan baharu haiwan itu.

“Bagaimanapun, apabila terlalu banyak, habitatnya menjadi padat dan menyebabkan ia berkeliaran di sekitar kampung.

“Lebih merisaukan apabila monyet ini mula mengganggu ketenteraman penduduk setempat,” katanya kepada Melakafirst.

Jelas Ghafar, penduduk mula mengadu terdapat monyet yang memasuki rumah dan merosakan tenaman mereka.

“Keselamatan mereka terancam dan kerugian terpaksa ditanggung disebabkan masalah ini.

“Tetapi apa yang saya faham, monyet ini kelaparan. Makanan di Bukit Gapis tidak memcukupi.

“Sebab itu saya bagi monyet-monyet ini makan. Bila makanan cukup, saya yakin ia mampu mengelakkan haiwan ini mencari makanan di tempat lain,” katanya.

Tambah beliau, dia berharap sesiapa sahaja mempunyai lebihan makanan bolehlah menghantarnya ke sini.

“Sebagai manusia ada akal dan fikiran, tidak salah kita memberikan hidupan ini makanan. Monyet pun nak makan. Kalau takut, hantar ke japerun, saya akan bawa ke sana,” katanya.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *