JANGAN PATAH SEMANGAT

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

MARINA SAHABUDIN

MASJID TANAH – Pelajar yang sepatutnya menduduki peperiksaan SPM dan STPM 2020 akan menjalani peperiksaan penting itu pada tahun ini.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin berkata, kesihatan fizikal dan mental mereka penting. Malah, sokongan ibu bapa, guru-guru dan masyarakat sekeliling sentiasa diperlukan.

Menurut beliau, meskipun berhadapan Covid 19, dia berharap pelajar terlibat tidak putus asa.

“Setiap apa yang berlaku anggap satu pengalaman dan cabaran untuk kita jadi lebih baik dan cemerlang pada masa hadapan,” katanya.

Beliau tidak kentinggalan menyampaikan sumbangan kit peperiksaan kepada pelajar yang akan menduduki SPM dan STPM bermula 22 Februari nanti.

“Terdapat 11 buah sekolah di dalam Parlimen Masjid Tanah melibatkan 1393 calon SPM dan 177 calon STPM.

“Kalau sebelum ni kita serah pada anak-anak. Tahun ini sumbangan diserahkan kepada wakil guru sekolah yang berkenaan. Keselamatan dan kesihatan anak-anak adalah keutamaan kita,” katanya.

Mas Ermieyati berterima kasih kepada Copycent Sdn. Bhd dan Gallery Bookstore Sdn. Bhd serta semua penhumbang yang mereakisasikan usaha ini.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

DAKI 14 PUNCAK DUNIA DUA KALI

Fara Ismail Menurut REUTERS – Sanu Sherpa 47, telah mencipta rekod pendakian dengan mendaki 14 puncak dunia yang berketinggian melebihi 8,000 meter

HUKUMAN MATI EMPAT AKTIVIS

FARAH ISMAIL MYANMAR – Menurut Reuters, pihak berkuasa tentera Myanmar telah menghukum mati empat aktivis demokrasi yang dituduh membantu menjalankan “tindakan keganasan”, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *