MUHAMMAD IRSYADUDDIN & MOHD ZARIF SYAMIL SERTAI FAM-MSN 2021

MUHAMMAD ZAIDEE DAUT

Gambar : Melaka United FC

Pemain remaja Melaka, Muhammad Irsyaduddin Fauzi dan Mohd Zarif Syamil Mohd Zamani dipilih menyertai Skuad Projek FAM-MSN 2021.

Muhammad Irsyaduddin bermain di posisi penyerang manakala, Mohd Zarif Syamil pula bermain di posisi pertahanan.

Kedua mereka merupakan pelajar Sekolah Sukan Negeri (SSN), Seri Kota.

Muhammad Irsyaduddin mula aktif dalam sukan bola sepak sejak 2012 semasa bermain bersama Kelab Melaka Baru (MBFA) dan pernah mengikuti Akademik Tunas di SK Telok Mas.

Dia juga pernah membawa Melaka menjuarai Pertandingan Bola Sepak Program Pembangunan Bawah 11 tahun di Akademi Mokhtar Dahari, Gambang pada 2014 dan mewakili Melaka di Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 tahun MSSM Peringkat Kebangsaan di Alor Star, Kedah pada 2015 .

Sebaik memasuki SSN Seri Kota, dia dipilih mewakili Melaka pada Kejohanan Bola Sepak Bawah 15 Tahun MSSM Peringkat Kebangsaan di Pulau Pinang dan Liga KPM Bawah 17 tahun pada tahun 2019.

Mohd Zarif Syamil pula pernah mewakili Akademi Sinar FC dan berjaya membawa Sekolah Menengah St David menjuarai pertandingan bola sepak anjuran Persatuan Bola Sepak Melaka.

Bakatnya terus digilap apabila diterima masuk SSN Seri Kota dan pernah mewakili Melaka pada Piala Belia dan akhirnya berjaya mendapat tempat dalam Skuad Projek FAM-MSN 2021.

Skuad berkenaan usahasama antara Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan MSN bagi membentuk pasukan pembangunan di bawah produk Program Pembangunan Bolasepak Negara (APBN) dari Akademi Bolasepak Mokhtar Dahari (AMD).

Skuad Projek FAM-MSN 2021 ini mendapat bimbingan jurulatih Yusri Che Lah dan bakal menyertai Liga Premier 2021 sebagai pendedahan awal.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *