MARINA SAHABUDIN
JASIN – Jasa dan pengorbanan petusan barisan hadapan memerangi pandemik Covid 19 terus dihargai pelbagai pihak.
Justeru, Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) tidak ketinggalan menghargai perjuangan mereka menerusi penganjuran program MPJ prihatin dihatiku.
Menerusi program tersebut, anggota MPJ berkonvoi ke SJR di daerah jasin dan menyampaikan kita makanan kepada petugas terlibat.
Yang Dipertua MPJ, Datin Sapiah Haron berkata, inisiatif tersebut diharap dapat memberikan sedikit keceriaan di wajah mereka.
“Mereka antara yang bertanggungjawab memastikan daerah ini khususnya dalam keadaan selamat.
“Sumbangan ini sebagai usaha kami menghargai jasa serta pengorbanan petugas barisan hadapan terdiri daripada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang menjalankan tugasan di daerah ini,” katanya.
Jelas Sapiah, dalam kesibukan menjalankan tugas, petugas barisan hadapan mungkin tidak sempat untuk berehat dan mengisi perut mereka.
“MPJ sedaya upaya membantu dengan menyediakan bekalan makanan agar mereka dapat bekerja dengan lebih lancar dab bersemangat,” katanya.
-MF-