MARINA SAHABUDIN
AYER KEROH – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) melaksanakan sistem pembayaran mesin kiosk dalam usaha menaik taraf perkhidmatan PBT di negeri ini.
Penyediaan kiosk pembayaran layan diri ini bertujuan memudahkan orang ramai membuat urusan perkhidmatan MBMB dan secara tidak langsung mengelakkan kesesakan di kaunter sedia ada.
Bagi fasa pertama, sebanyak tiga unit mesin ditempatkan di Bangunan Graha Makmur MBMB yang beroperasi bermula hari ini.
Pelbagai pembayaran boleh dilakukan seperti cukai pintu, kompaun, sewa gerai, bil rampai dan bil pelan.
Jika mendapat sambutan positif, MBMB berhasrat meletakkan kiosk bayaran ini di tempat tumpuan awam seperti pusat membeli-belah, pasaraya serta agensi perkhidmatan lain.
Antara kelebihan pembayaran di mesin kiosk ini adalah :
- Pembayaran boleh dibuat secara kad kredit/debit, e-wallet, tunai dan melalui cek.
- Membenarkan pembayaran secara pukal maksimum 5 bil pada satu-satu masa.
- Mesra pengguna yang mana mudah bagi pengguna menyemak bil dengan penyediaan Kod QR dan semakan maklumat umum pelanggan.
Selain mesin kiosk, MBMB juga menyediakan kemudahan e-bayaran dikenali sebagai MyfpxMBMB yang boleh diakses oleh pengguna menggunakan telefon pintar atau laman sesawang di https://myfpx.mbmb.gov.my.
-MF-