MKBBT ANJUR DERMA DARAH

MUHAMMAD ZAIDEE DAUT


JASIN – Majlis Kelab Bell Belia Tamil (MKBBT) Daerah Jasin bersama Malaysia Hindu Sangam Melaka dan Majlis Gabungan Belia Daerah (MGBD) Jasin akan mengadakan Kempen Menderma Darah pada 7 Februari ini di Mydin Jasin.

Penyelaras MKBBT Melaka, AC Gobindran berkata, program bermula jam 11 pagi hingga 4 petang itu turut mendapat kerjasama Mydin Jasin.

Menurutnya, ia diadakan untuk membantu mengisi unit Tabung Darah hospital di seluruh negara.

“Program yang memasuki tahun keempat penganjuran ini juga bertujuan memberikan kesedaran kepada orang awam mengenai pentingnya menderma darah yang mampu menyelamatkan nyawa insan lain.

“Kami menyasarkan sejumlah 70 beg darah dapat dikumpul dan berharap mereka yang memenuhi kriteria sama-sama berbakti menerusi kempen ini,”katanya.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *