MARINA SAHABUDIN
SIMPANG BEKOH – Persatuan Belia (MAYC) Simpang Bekoh turut berbakti kepada komuniti kampung membantu menguruskan pengebumian jenazah di kampung itu.
Menerusi majlis pengebumian itu, ahli terlibat dibahagikan beberapa tugasan seperti menggali kubur, menyediakan papan lahad dan kayu daka nisan.
Menurut pengerusinya, Asrul Khan Sher Jang Khan, semangat serta amalan gotong-royong sebegini perlu diterapkan dari masa ke semasa.
“Sangat penting generasi sedia ada dibekalkan ilmu pengurusan jenazah supaya mereka sentiasa bersedia.
“Malah ia memastikan amalan ringan tulang dalam kalangan ahli MAYC dapat dipupuk menerusi pelbagai kaedah,” katanya.
-MF-
Post Views: 681