PENDERITAAN MUHAMMAD RAEF DARIUS DAPAT PERHATIAN

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

MUHAMMAD ZAIDEE DAUT

SUNGAI RAMBAI – Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Hanya itu yang mampu diluahkan Riduan Mohd Yusof apabila anaknya, Muhammad Raef Darius, 10 bulan disahkan menghidap penyakit Tuberous Sclerosis, Non Cancer Tumor di bahagian jantung.

Penderitaan Muhammad Raef Darius telah mendapat perhatian
Majlis Gabungan Belia Daerah (MGBD) Jasin.

Pengerusinya, Zaini Muhamad berkata, pihaknya bersama barisan kepimpinan MGBD Jasin turut meluangkan masa menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada Riduan yang juga AJK MGBD Jasin.

“Walaupun program ziarah ini berlangsung dalam masa yang singkat, diharapkan ia mampu menjadi penawar serta semangat bagi Riduan dan anaknya dalam melalui ujian dihadapi.

“Saya difahamkan kes adik Muhammad Raef Darius dirujuk di salah sebuah hospital di Johor Bahru bagi memastikan sama ada perlu menjalani pembedahan atau sebaliknya,”katanya

Riduan yang juga Pengerusi Gerakan Belia 4B Sungai Rambai Barat berterima kasih atas keprihatinan pihak berkenaan.

“Semanagat setiakawan seumpama ini sangat saya hargai,” katanya.

Turut serta dalam lawatan tersebut, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jasin, Nurul Haida Mohd Ghazali.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

DAKI 14 PUNCAK DUNIA DUA KALI

Fara Ismail Menurut REUTERS – Sanu Sherpa 47, telah mencipta rekod pendakian dengan mendaki 14 puncak dunia yang berketinggian melebihi 8,000 meter

HUKUMAN MATI EMPAT AKTIVIS

FARAH ISMAIL MYANMAR – Menurut Reuters, pihak berkuasa tentera Myanmar telah menghukum mati empat aktivis demokrasi yang dituduh membantu menjalankan “tindakan keganasan”, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *