MUHAMMAD ZAIDEE DAUT
JASIN – Japerun Rim menyumbangkan sejumlah 30 set PPE kepada petugas barisan hadapan di Klinik Kesihatan Kemendor dan Klinik Kesihatan Simpang Bekoh.
ADUN Rim, Datuk Wira Ghazake Muhamad berkata, sumbangan tersebut diharap dapat membantu mengurangkan beban mereka yang bertungkus lumus bekerja demi memutuskan rangkaian Covid-19.
“Set PPE ini dibuat oleh Sukarelawan Wanita DUN Rim sebagai inisiatif membantu frontliners dalam memberikan perkhidmatan terbaik bagi membendung pandemik Covid-1,” katanya.
Terdahulu, sebanyak 150 set PPE dan diserahkan kepada pihak Majlis Perbandaran Jasin (MPJ).
-MF-
Post Views:
247