MARINA SAHABUDIN
BUKIT PALAH – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melalui Musa’adah Bilik Gerakan Agensi Agama Islam Melaka terus prihatin terhadap nasib golongan memerlukan.
Sejumlah 990 kit makanan kecemasan telah disampaikan kepada persatuan dan pertubuhan terpilih.
Antara penerima termasuklah Rumah Villa Harapan, Tebing Tinggi, Bukit Katil (160 unit), Teduhan Kasih, Jasin Melaka (40 unit), Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Daerah Jasin (50 unit), Rumah Warga Emas, Bukit Larang (20 unit), Pusat Jagaan dan Bimbingan Remaja Putri Raudhatus Sakinah (20 unit), Persatuan Pemandu Teksi Negeri Melaka (500 unit) serta Persatuan Peniaga Uptown Pahlawan Walk (200 unit).
Pihak MAIM menerusi laman sosial facebook rasmi miliknya menjelaskan, inisiatif tersebut wajar dilaksanakan dalam usaha membantu golongan sasar.
“Kita kongsi rezeki bersama mereka yang kelaparan. Insha-Allah, usaha ini akan diteruskan daripada semasa ke semasa berikutan perlanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 18 Februari ini,” kongsi MAIM.
-MF-